Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN PEJABAT DAERAH KOTA BELUD

  1. Memastikan pengurusan pentadbiran daerah Kota Belud berjalan mengikut masa yang telah ditetapkan.
  2. Memastikan penyelarasan, perancangan dan pelaksanaan semua projek pembangunan daerah Kota Belud selaras dengan hasrat dan dasar kerajaan negeri dan persekutuan berpandu dan berlandaskan kepada peraturan yang ditetapkan.
  3. Memastikan pelaksanaan projek-projek kecil/khas dan pembelan peralatan mengikut peraturan.
  4. Mengeluarkan perintah kerja am (PKA) dan pesanan pembelian (LPO) dalam tempoh 7 (tujuh) hari setelah permohonan projek/pembelian dalam (PKA).
  5. Memastikan pemeriksaan ke atas dilakukan dalam 7 hari setelah projek siap mengikut jadual pelaksanaan yangt telah ditetapkan dalam (PKA).
  6. Memastikan pembayaran dibuta ke atas projek/pembelian dalam tempoh 14 hari selepas semua maklumat dan dokumen lengkap diterima.
  7. Memastikan tindakan dibuat ke atas kes-kes tuntut waris harta pusaka anak negeri dalam tempoh 30 hari selepas semua maklumat lengkap diterima.
  8. Memastikan pemprosesan lesen niaga baru dan pembaharuan dibuat dalam tempoh 7 hari selepas semua maklumat lengkap diterima.
  9. Memastikan pungutan hasil diterima mengikut peraturan dan dimasukkan ke dalam buku tunai pada waktu yang ditetapkan dan wang dihantar ke bank pada masa yang sama.
  10. Memastikan aduan/bantahan orang awam dijawab/dijelaskan/dirujuk kepada pihak yang berkenaan dalam tempoh 14 hari selepas semua maklumat diterima.
  11. Memastikan semua pengesahan sah sijil/dokumen dan pengesahan surat-surat akuan/sumpah dan seterusnya pendaftaran yang perlu dibuat pada hari yang sama.
  12. Memastikan semua kes mahkamah majistret diambil tindakan mengikut jadual iaitu 7 hari setelah dokumen lengkap diterima.
  13. Memberi khidmat yang terbaik, adil dan saksama kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.