Perutusan

PERUTUSAN PEGAWAI DAERAH

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Kota Belud dapat dikemaskini untuk memberi maklumat-maklumat terkini berkaitan hal-hal Pembangunan dan Pentadbiran kepada pelayar-pelayar web. Dalam menuju ke arah Kerajaan Elektronik, pejabat ini akan sedaya upaya mengambil langkah positif untuk mengemaskini maklumat-maklumat yang ada supaya seiring dengan keperluan teknologi masa kini. Semoga maklumat berkaitan hal-hal pentadbiran dan pembangunan yang dipaparkan kepada orang ramai khususnya di daerah ini dapat memudahkan urusan dengan Pejabat Daerah Kota Belud. Pada masa yang sama juga, anggota Perkhidmatan Awam hendaklah mempersiapkan diri dengan pengetahuan Teknologi Maklumat supaya selari dengan perkembangan teknologi semasa. Laman web ini juga merupakan saluran untuk pencapaian maklumat pembangunan terkini daerah Kota Belud. Sehubungan itu, saya berharap laman web ini dapat memberi maklumat dan manfaat kepada semua pihak, khasnya pelayar-pelayar Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Sabah.
Sekian, terima kasih.

"Berkhidmat Untuk Negara"

"Sabah Maju Jaya"

HJH DIYANAH ABDULLAH

Pegawai Daerah Kota Belud