PESTA KAAMATAN KOTA BELUD
“Kaamatan Montok Toinsanan”
Menghargai Hasil Tuaian, Merayakan Warisan.
Pesta Kaamatan adalah perayaan yang sangat penting bagi masyarakat Dusun, yang merupakan antara suku kaum utama di Sabah, termasuk di Kota Belud. Pesta ini merayakan hasil pertanian padi, yang merupakan sumber utama kehidupan bagi komuniti tersebut. Kaamatan juga dikenali sebagai Pesta Menuai dan ia adalah satu tradisi turun-temurun yang menggambarkan penghargaan terhadap hasil bumi dan roh nenek moyang.
AKTIVITI DAN TARIKAN

Upacara Adat:
Pesta ini bermula dengan upacara Magavau, yang merupakan ritual tradisional untuk meminta restu daripada roh nenek moyang sebelum memulai musim menuai. Ia dipimpin oleh seorang Bobohizan (ketua adat)

Pertandingan Ratu Kaamatan (Unduk Ngadau):
Salah satu acara terbesar dalam Pesta Kaamatan adalah Pertandingan Unduk Ngadau, ia adalah pertandingan ratu cantik budaya yang bertujuan untuk mengingati dan menghormati Lagenda Huminodun. Ia bukan sekadar kecantikan fizikal , tetapi juga menilai keanggunan, keperibadian, dan pemahaman peserta terhadap warisan KDMR (KadazanDusun,Murut,Rungus). Peserta mewakili daerah masing-masing dengan busana traditional, menjadikannya platform penting dalam memelihara dan mempromosikan budaya.
Tarian yang dipaparkan dalam video YouTube ini merupakan salah satu persembahan yang biasanya ditampilkan semasa sambutan Pesta Kaamatan.
Kredit video: [@mysabahTV], “Mongigol Dance by Dusun Tidal” (YouTube, 2 Jun 2019). Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=NXFQFx7j4C8
Tarian :
Tarian tradisional seperti tarian Sumazau, Mongigol dan Mogunatip juga sering dipersembahkan semasa perayaan pesta Kaamatan.

Makanan Tradisional:
Pesta ini juga penuh dengan makanan tradisional, termasuk Pinasakan Sada,Linopot, Tuhau, Bambangan dan banyak lagi hidangan yang biasanya disediakan semasa perayaan.)

Sukan dan Permainan Tradisional:
Selain pertunjukan kebudayaan, Kaamatan juga mengadakan pelbagai aktiviti sukan dan permainan tradisional, termasuk pertandingan tarik tali, lari dalam guni, gusti lengan dan banyak lagi permainan tradisional.
KEPENTINGAN PESTA DAN PERAYAAN DI KOTA BELUD

Pemeliharaan Warisan Budaya:
Kedua-dua pesta ini memainkan peranan penting dalam pemeliharaan dan penerusan warisan budaya masyarakat di Kota Belud. Ia memberi peluang kepada generasi muda untuk mempelajari dan menghargai tradisi dan adat resam yang telah lama wujud.

Penyatuan Masyarakat:
Pesta-pesta ini juga menjadi platform untuk penyatuan masyarakat yang pelbagai etnik, termasuk Bajau, Dusun, Iranun, dan lain-lain, untuk berkumpul, berinteraksi, dan merayakan kekayaan budaya mereka.

Tarikan Pelancongan:
Pesta dan perayaan ini turut menjadi tarikan pelancongan yang menarik pengunjung dari dalam dan luar negeri untuk datang ke Kota Belud, menikmati keindahan alam semula jadi, serta merasai kemeriahan suasana perayaan yang penuh warna-warni.
Last Updated on August 11, 2025 by Chriscia Sabin
![]()