TAMU MINGGUAN DI KOTA BELUD

Warisan Komuniti, Budaya, dan Ekonomi Tempatan

Di Daerah Kota Belud, tamu mingguan diadakan setiap minggu pada hari tertentu di pelbagai lokasi sekitar daerah. Tamu ini menjadi tempat utama bagi penduduk setempat untuk berniaga dan mendapatkan pelbagai barangan keperluan, termasuk hasil pertanian, makanan traditional, dan kraftangan tempatan.

Barang Keperluan Harian:

Tamu ini menawarkan pelbagai barangan keperluan harian seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan segar, daging, dan produk makanan tempatan.

Produk Kraft Tangan:

Selain barangan asas, terdapat juga pelbagai produk kraf tangan seperti anyaman, tenunan, dan perhiasan tradisional yang dijual oleh penduduk tempatan.

Produk Tempatan dan Makanan Tradisional:

Pengunjung dapat menikmati makanan dan minuman tradisional Sabah, seperti kuih Penjaram/Penyaram, keropok, dan jajan yang dijual oleh peniaga tempatan.

Bunga dan Tanaman:

Tamu ini juga menjadi tempat untuk membeli pelbagai jenis bunga, tanaman hiasan, dan tanaman herba yang ditanam oleh petani tempatan.

๐Ÿ“ Jadual Tamu Mingguan di Kota Belud
Tamu Mingguan Kota Belud
RABU > Jam 6 Pagi โ€“ Jam 12 Tengahari
JUMAAT > Jam 6 Pagi โ€“ Jam 12 Tengahari
SABTU > Jam 12 Tengah Hari – Malam
AHAD > Pagi Sehingga Petang
Tamu Mingguan di Taginambur

Setiap hari Jumaat (Jam 6 pagi – Jam 1 petang)

Tamu mingguan di Pandasan
Setiap hari Selasa (Jam 6 pagi โ€“ Jam 9 pagi)
Platform Rakyat, Simbol Warisan : Tradisi, Komuniti, Ekonomi Tempatan.

Last Updated on August 26, 2025 by Chriscia Sabin

Loading

wpChatIcon
wpChatIcon
Translate ยป
Skip to content